Satu petang aku rasa nak sangat makan Aiskrim tapi tak tau nak makan aiskrim apa, tetiba aku teringat aiskrim jenama MAGNUM..terus aku mintak dear aku berhenti sebentar kat Petrol Station...Aku terus menuju ke dalam kedai dan cari Aiskrim tu..aku ambik aiskrim Magnum Classic dan Magnum Almond....magnum Almond yang terbaru...aku nak rasa ape perbezaan...Aku makan yang classic dan dear aku makan yang Almond....buka je..terus makan...Pehhhhhhh punya la Sedapp Gilleer.....kitorang habiskan aiskrim tu kat dalam keter jugak...dear aku parking kat tepi Petrol Station..hahaha...da habis pon masih gigit stick aiskrim tu..nak bagi kilat.....rasa tak puas nak makan..harga memang berpatutan dengan sedapnya yang tak terhingga....jom la beramai-ramai beli dan makan harga just RM3.90 dan ia amat berbaloi...coz bila aku jalan-jalan ngan member-member aku kat shopping compleks..aku sempat lagi bawak dorang gi masuk pasaraya dan beli Aiskrim MAGNUM...bila dorg rasa je...dorg pon sama mcm aku ..dorg kata Pehhh sedap giler....hihi....aikrim ni kat mana kedai pon ada jual....senang cari...
Oldtown Teh Tarik
Sunday, November 13, 2011
Wednesday, September 21, 2011
Sejarah dan evolusi Kad Pengenalan Malaysia
Dari tahun 2000 sehingga 2010, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengeluarkan sebanyak 28.99 juta kad pengenalan MyKad. Jumlah tersebut meliputi pengeluaran MyKad bagi gantian untuk permohonan disebabkan kes kerosakan dan kehilangan. JPN adalah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertanggungjawab mendaftar peristiwa-peristiwa penting setiap individu seperti maklumat kelahiran, kematian, pengangkatan, perkahwinan dan perceraian. Ia ditubuhkan selepas Peraturan-peraturan Darurat (Kawasan-kawasan Pendaftaran) 1948 yang dikuatkuasakan sebagai salah satu langkah untuk menentang ancaman keselamatan. Peraturan itu memerlukan semua penduduk supaya mendaftar dan memperolehi kad pengenalan apabila mencapai umur 12 tahun dan ke atas. Kad pengenalan kini sudah menjangkau usia 63 tahun yang menyaksikan evolusi dari hanya sekeping kad kertas yang dikenali sebagai kad beras kepada MyKad iaitu kad pintar bercip yang diperbuat daripada bahan polikarbonat.
Kad pengenalan kertas ( 1948 )
- Pengenalan : Oleh pemerintah Inggeris di Malaya melalui Emergency [Registration Areas] Regulation 1948, bagi membendung ancaman pengganas komunis. Ia juga dikenali sebagai ‘kad beras’ kerana sewaktu catuan makanan pada zaman darurat bermula pada 1948 itu memerlukan bukti pengenalan diri bagi mendapatkan beras.
-Pelaksanaan : Digunakan di Semenanjung Malaysia dari tahun 1948 sehingga 1960.
- Ciri-ciri : Tujuan untuk keselamatan, tidak bersalut, gambar hitam putih, cap ibu jari kanan sahaja, maklumat asal penduduk, tiada taraf kewarganegaraan.

Kad pengenalan plastik ( 1960 )
- Pengenalan : Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) diperkenalkan bagi memperkemaskan lagi sistem pengeluaran kad pengenalan.
- Pelaksanaan : Digunakan di Semenanjung dari 1 Ogos 1960 sehingga 31 Mac. Diperkenalkan di Sarawak pada 30 Mac 1966 dan Sabah pada 1 Jun 1972.
- Ciri-ciri : Keselamatan yang baik, bersalut dan diproses secara teragih, empat warna bagi menentukan taraf warganegara, maklumat terperinci, gambar hitam putih, cap ibu jari kiri dan kanan.
Kad pengenalan bermutu tinggi ( 1990 )
- Pengenalan : Bagi menggantikan kad pengenalan plastik. Juga dikenali sebagai kad pengenalan bunga raya.
- Pelaksanaan : Diperkenalkan pada April 1990.
- Ciri-ciri : Keselamatan yang tinggi, gambar hitam putih (1990) dan gambar warna (1999), cap ibu jari kiri dan kanan, maklumat terperinci dan bersalut.
Kad pengenalan pintar
- Pengenalan : Kad pintar yang dikenali sebagai MyKad.
- Pelaksanaan : Mulai akhir 2000 di Semenanjung dan awal 2002 di Sabah dan Sarawak. Penukaran kad pengenalan bermutu tinggi kepada Mykad adalah secara sukarela dan percuma mulai tahun 2003 sehingga 2005.
- Ciri-ciri : Kad pengenalan mempunyai ciri keselamatan tinggi dan berteknologi cip yang kini diperbuat daripada bahan polikarbonat. Pada masa ini, ia memuatkan aplikasi lapan tambah satu (8+1) dalam satu kad.

Wednesday, February 23, 2011
Keindahan dunia.....yang tak pernah ku rasa....
Kucintainya..kerana cara dia sungguh berbeza dari yang telah ku jumpa...Renungan dia tulus merasuk jiwa hingga terus ke hati..Ku cintainya kerana kesungguhannya...bukannya kata-kata semata-mata kerana perwatakannya mengatakan segalanya buatkan aku percayakan janjinya...Ku akui aku menggilainya ,Ku akui aku menyintainya...kerana kisahku kisah dia..berkongsi cerita yang sama...Berani ku katakan setiap detik hanya dia dalam hidupku....Ku akui aku mengaguminya,ku akui aku menyayanginya tiada tandingan diantara semua, sesungguhnya ku akui ku perlukan dia. Segalanya kuserah kepada dia,cintai dia bersama mimpi-mimpinya, cintai dia juga segala caranya,cintai dia bersama keanehannya,cintai dia hanya dia selamanya....
Monday, February 7, 2011
Share...to share....Windows 7
Windows 7 mempunyai kekunci pintas yang mudah untuk u all susun tetingkap yang terbuka. Hanya tekan kekunci Windows + Anak panah kiri atau kanan.Sangat berguna sekiranya sedang menaip pada satu tetingkap sambil merujuk pada tetingkap yang lain. Cuba sendiri jika selalu hendak menulis entri blog. Selamat Mencuba.....try it yang belum mencuba.....
New Story.... Scorpio....Taurus....
Scorpio sememangnya lambang zodiak yang seksi. Cubalah tanya pada orang yang pernah bercinta dengan scorpio. tentulah dia setuju dengan hakikat itu. Scorpio laksana magnet dan orang lain akan mudah tertarik kepadanya. Sayang sekali, sesiapa yang bukan dari jenis yang setia, jangan cuba-cuba mendekati Scorpio. Orang yang berlambang Scorpio sentiasa berhati-hati dan sekiranya dia mengetahui dirinya tertipu, tunggu sajalah sengatannya yang berbisa! Orang kelahiran Scorpio mungkin seorang yang cemburu dan kadang-kala sukar untuk dijangka tindakannya. Namun, anda dapat memastikan bahawa tiada sesiapa yang betul-betul menyintai anda sebagaimana yang dapat diberikan oleh Scorpio. Tetapi, apabila anda mendapat kepercayaan daripada Scorpio, sudah pasti anda akan dicintai sepenuhnya sehingga anda tidak memerlukan orang lain...... Keep In Touch...Its Fact n real.... Taurus lak....ini ceritanya...orang kelahiran lambang ini lebih lambat pergerakkannya tetapi cukup mengasyikkan. Oleh sebab mereka ‘lambat’ , jangan pula anda beranggapan mereka ( Taurus ) membosankan. Kelahiran Taurus sangat setia dan sangat pemilih terhadap sesiapa yang menjadi pasangannya. Mereka akan selalu membiarkan pasangannya mengambil berat dan memastikan mereka jujur terhadap pasangannya.....biar lambat asal selamat....
Subscribe to:
Posts (Atom)