Monday, February 7, 2011

New Story.... Scorpio....Taurus....

Scorpio sememangnya lambang zodiak yang seksi. Cubalah tanya pada orang yang pernah bercinta dengan scorpio. tentulah dia setuju dengan hakikat itu. Scorpio laksana magnet dan orang lain akan mudah tertarik kepadanya. Sayang sekali, sesiapa yang bukan dari jenis yang setia, jangan cuba-cuba mendekati Scorpio. Orang yang berlambang Scorpio sentiasa berhati-hati dan sekiranya dia mengetahui dirinya tertipu, tunggu sajalah sengatannya yang berbisa! Orang kelahiran Scorpio mungkin seorang yang cemburu dan kadang-kala sukar untuk dijangka tindakannya. Namun, anda dapat memastikan bahawa tiada sesiapa yang betul-betul menyintai anda sebagaimana yang dapat diberikan oleh Scorpio. Tetapi, apabila anda mendapat kepercayaan daripada Scorpio, sudah pasti anda akan dicintai sepenuhnya sehingga anda tidak memerlukan orang lain...... Keep In Touch...Its Fact n real.... Taurus lak....ini ceritanya...orang kelahiran lambang ini lebih lambat pergerakkannya tetapi cukup mengasyikkan. Oleh sebab mereka ‘lambat’ , jangan pula anda beranggapan mereka ( Taurus ) membosankan. Kelahiran Taurus sangat setia dan sangat pemilih terhadap sesiapa yang menjadi pasangannya. Mereka akan selalu membiarkan pasangannya mengambil berat dan memastikan mereka jujur terhadap pasangannya.....biar lambat asal selamat....

1 comment:

  1. ya...mmng benar Scopio adalah cemburu...cemburu kuat dan pasti tak rugi org yang bercinta dengan scopio sbb cemburu tandanya sayang :)

    ReplyDelete