Wednesday, February 23, 2011

Keindahan dunia.....yang tak pernah ku rasa....

Kucintainya..kerana cara dia sungguh berbeza dari yang telah ku jumpa...Renungan dia tulus merasuk jiwa hingga terus ke hati..Ku cintainya kerana kesungguhannya...bukannya kata-kata semata-mata kerana perwatakannya mengatakan segalanya buatkan aku percayakan janjinya...Ku akui aku menggilainya ,Ku akui aku menyintainya...kerana kisahku kisah dia..berkongsi cerita yang sama...Berani ku katakan setiap detik hanya dia dalam hidupku....Ku akui aku mengaguminya,ku akui aku menyayanginya tiada tandingan diantara semua, sesungguhnya ku akui ku perlukan dia. Segalanya kuserah kepada dia,cintai dia bersama mimpi-mimpinya, cintai dia juga segala caranya,cintai dia bersama keanehannya,cintai dia hanya dia selamanya....

Monday, February 7, 2011

Share...to share....Windows 7

Windows 7 mempunyai kekunci pintas yang mudah untuk u all susun tetingkap yang terbuka. Hanya tekan kekunci Windows + Anak panah kiri atau kanan.Sangat berguna sekiranya sedang menaip pada satu tetingkap sambil merujuk pada tetingkap yang lain. Cuba sendiri jika selalu  hendak menulis entri blog. Selamat Mencuba.....try it yang belum mencuba.....



New Story.... Scorpio....Taurus....

Scorpio sememangnya lambang zodiak yang seksi. Cubalah tanya pada orang yang pernah bercinta dengan scorpio. tentulah dia setuju dengan hakikat itu. Scorpio laksana magnet dan orang lain akan mudah tertarik kepadanya. Sayang sekali, sesiapa yang bukan dari jenis yang setia, jangan cuba-cuba mendekati Scorpio. Orang yang berlambang Scorpio sentiasa berhati-hati dan sekiranya dia mengetahui dirinya tertipu, tunggu sajalah sengatannya yang berbisa! Orang kelahiran Scorpio mungkin seorang yang cemburu dan kadang-kala sukar untuk dijangka tindakannya. Namun, anda dapat memastikan bahawa tiada sesiapa yang betul-betul menyintai anda sebagaimana yang dapat diberikan oleh Scorpio. Tetapi, apabila anda mendapat kepercayaan daripada Scorpio, sudah pasti anda akan dicintai sepenuhnya sehingga anda tidak memerlukan orang lain...... Keep In Touch...Its Fact n real.... Taurus lak....ini ceritanya...orang kelahiran lambang ini lebih lambat pergerakkannya tetapi cukup mengasyikkan. Oleh sebab mereka ‘lambat’ , jangan pula anda beranggapan mereka ( Taurus ) membosankan. Kelahiran Taurus sangat setia dan sangat pemilih terhadap sesiapa yang menjadi pasangannya. Mereka akan selalu membiarkan pasangannya mengambil berat dan memastikan mereka jujur terhadap pasangannya.....biar lambat asal selamat....